::DEMI WAKTU::

 

::KUNJUNGAN::

Free Web Site Counter
:: PUTERI ::

::PAUTAN::
::KOMENTAR::

::AL-QURAN::
::LAGU::



Gratisan Musik
::HINDUSTAN::

hindi power
::SISIPAN::


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar- syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

BLOGGER

Satu Permulaan
Monday, February 2, 2009
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Ahlan Wasahlan & Selamat Datang

Terima kasih kerana sudi berkunjung/melawat ke blog ini sama ada secara sengaja atau tidak. Apa-apa pun adalah diharapkan anda mendapat sesuatu daripada laman weblog ini. Jika ada sebarang persoalan/pertanyaan/komen/kritikan/kemusykilan/bantahan/rungutan, bolehlah komen pada mana-mana artikel yang telah diposkan (sama ada pengguna Google/Blogger atau pelawat (anonymous)). Boleh juga menghantar e-mel kepada saya jika sudi. Blog-blog saya berkisar mengenai dunia teknologi maklumat & telekomunikasi (ICT). Jika ada sebarang idea untuk mencantikkan, eh menghensemkan blog ni, boleh la komen kat saya, pastu beritahu la cara nak bagi menarik & mantapkan rekaletak (design & layout).

Akhir kata kalau ada sebarang kesilapan kata-kata, harap ditegur & dimaafkan. Biasa la manusia biasa, tiada yang sempurna serba-serbi. Entah apa la aku merepek ni. Tak tau nak tulis apa dalam pos pertama ni. Cukup la kata alu-aluan sebagai pendahuluan.

Semoga usaha kita sentiasa diberkati Allah Subhanahu Wataala
posted by teknologi maklumat @ 1:18 AM  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
::LINK::

  • UTAMA
  • PROFILE
  • GALLERI
  • ARTIKEL
  • ::BLOG SAHABAT::

  • aien
  • zaida
  • lin
  • kak fizan
  • ::GAMBAR::

    ::AYAT-AYAT CINTA::

    ::DIREKTORI::

    ::PREVIOUS POST::
    ::ARCHIVES::
    ::SISIPAN::

    BLOGGER

     Nor Yusnita binti Mohd Yusof
    Diploma Pengajian Islam dan Sumber Manusia
    Fakulti Pengajian Islam
    Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka